Jalan cerita Kamen Rider Black

Setelah diculik oleh Gorgom pada malam hari jadi ke-19 mereka, adik-beradik tiri Kotaro Minami dan Nobuhiko Akizuki dibedah dalam satu pembedahan cyborg untuk menjadikan mereka calon bagi Raja Makhluk Gorgom. Kedua-duanya digelar Raja Abad serta ditakdirkan untuk berlawan sesama sendiri pada perlawanan terakhir untuk menjadi Raja Makhluk. Kotaro sempat melarikan diri sebelum dibuang ingatannya (yang merupakan langkah terakhir pembedahan tersebut) atas pertolongan ayah angkatnya, dan seterusnya berpaling tadah menentang Gorgom. Dia kemudiannya mendapat tahu satu hakikat yang mengejutkan daripada ayah tirinya: Gorgom asalnya telah membunuh kedua-dua ibu bapa kandungnya dan, memandangkan Kotaro dan Nobuhiko dilahirkan pada hari berlakunya gerhana matahari, mereka digelar "Suria Perkasa Hitam" (Black Sun) dan "Bayangan Bulan" (Shadow Moon). Kotaro yang mengambil nama Kesatria Baja Hitam (Kamen Rider Black) nekad mahu menyelamatkan saudara tirinya daripada cengkaman Gorgom sambil melindungi Jepun. Walau bagaimanapun, pada lewat siri ini, Nobuhiko bangkit sebagai Bayangan Bulan serta berlawan dengan Kotaro untuk menjadi Raja Makhluk yang seterusnya.